Hari Terbuka Makmal Advanced Fluid Properties, Pusat Kejuruteraan Automotif
Hari Terbuka Makmal Advanced Fluid Properties (AFP) Pusat Automotif telah berlangsung pada 17 Februari 2020 bertujuan untuk mempromosikan peralatan-peralatan terkini dan menyediakan kemudahan penyelidikan kepada staf dan pelajar UMP serta pihak luar. Makmal AFP dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan yang dapat diakses oleh institusi penyelidikan, universiti dan lain-lain industri melalui perkhidmatan, kolaborasi dan sebagai nya.
Program ini dapat membantu meningkatkan dan mempromosi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pengembangan (R&D) yang ditawarkan melalui kemudahan dan kepakaran lengkap yang dimiliki. Selain daripada itu, program ini juga memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapatkan perkhidmatan penyelidikan yang tersedia di makmal AFP dengan harga yang berpatutan berbanding di tempat-tempat lain. Bersempena dengan hari terbuka ini, Pusat Automotif menawarkan baucar diskaun sebanyak 20% kepada mana-mana peserta (Staf dan Pelajar UMP) yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan di Makmal AFP.
Sepanjang program berlansung, para pengunjung dan peserta dapat mengambil bahagian dan menyertai pelbagai aktiviti menarik dan interaktif antaranya seperti cabutan bertuah, trak jualan pelbagai makanan dan minuman, pameran produk oleh pembekal dan pihak luar serta perkhidmatan menukar minyak enjin motosikal secara percuma yang ditaja oleh pihak syarikat API Petroleum Sdn Bhd (Jenama HARDEX).